Kelebihan Menguasai Pelbagai Bahasa

Kisah dengan pengawal keselamatan. Hendak masuk rumah orang kaya, engkau kena lalu guard house. Sudah pasti, kebanyakan pengawal keselamatan ialah orang asing. Aku telah diberi tanggungjawab untuk buat home tuition
 Mula-mula, majikan memberikan peringatan agar aku bersedia dengan alamat rumah. Aku membuat andaian bahawa murid aku anak orang kaya. Majikan takut aku terkial-kial mencari alamat kerana orang asing ini susah memahami bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Pada aku, mungkin dia baru bekerja di Malaysia. Husnuzon. Aku pula jenis menggunakan bahasa Inggeris apabila terdesak. Faham-fahamlah, kayu lagi lembut daripada lidah. πŸ˜‚ Sesi pertama memang betul cakap majikan aku. Aku tersekat di guard house selama 15 minit. Panas hati dihangatkan lagi dengan panas cuaca. Lap peluh. Ada dalam tiga buah kereta lain queue. Tung tang tung tang boleh masuk. Alhamdulillah. πŸ˜‚ Untuk sesi kedua, aku susah hati. Bagaimanakah aku hendak bagi pengawal keselamatan cepat faham. Jadi, sesi kedua ni, aku terfikir satu idea.
  
 Pengawal keselamatan tanya macam biasa, "Lamber lumah bilapa?"
   Aku dengan reda jawab, "Liga belas, liga pulu lima, liga belas slok lua, lalan tun tija." Tak ada niat nak mengejek.         
  Pengawal keselamatan pun cakap lagi, "Kasi lisin." Aku tak banyak kerenah terus hulur lesen. Fuh, dua minit dah boleh masuk. Senangkan?

     Di sini, pengajaran yang aku dapat, kita hendaklah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh bangsa asing dan bertolak ansur. Bukan senang hendak bercakap bahasa Melayu versi orang asing. Kalau adik aku ikut, dia mesti masukkan kepala dalam dashboard. πŸ˜‚ Dalam satu lensa lain, aku belajar bahawa menguasai lebih daripada satu bahasa sangat penting sebenarnya. Tambahan lagi, apabila kita hidup dalam masyarakat majmuk yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India serta kaum minoriti Sabah dan Sarawak. 
  Aku kagum dengan Ibnu Sina yang menguasai 12 bahasa dan menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa utama. Aku hendak menguasai dua bahasa pun, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris jenuh perah otak. Tapi, tak pandai-pandai. Belajar banyak bahasa ini banyak kebaikannya. Contohnya, apabila kita berada di negara orang, kita tidak terkial-kial hendak berkomunikasi. Kalau cakap bahasa Inggeris versi lidah Melayu, jangan malu. Macam aku cakap Inggeris versi lidah Melayu. Kalau terpaksa, semua aku boleh cakap termasuk bahasa Cina dan Tamil. Faham atau tidak belakang kira. πŸ˜›Hendak hidup, kita kena belajar. Kalau kena belajar sampai berterabur gigi ke, terbelit lidah ke, lantak. Hasil kita tolak tepi. Apa yang penting kerjasama. Eh, tak kaitan. πŸ˜‚ 
     Kedua, tahu tak, kelebihan bagi individu yang mempunyai kemahiran bertutur lebih daripada dua bahasa boleh buat majikan berasa wow. Gaji yang ditawarkan sangat tinggi. Apabila menguasai lebih dua bahasa kita boleh menjadi translator atau penulis subtitle. Hebatkan? Ini sikit sahaja aku tulis tentang kelebihan menguasai pelbagai bahasa. Nak lagi? Sama-samalah kita berfikir dan berkongsi ilmu. Aku tulis ini pun disebabkan  oleh susahnya aku hendak berkomunikasi dengan bangsa asing. 

Info 
Terdapat 7 099 bahasa di dunia, 2 296 bahasa di Asia, 2 139 bahasa di Afrika, 1 062 bahasa di Amerika dan 287 bahasa di Eropah.
[Ethnologue, 2018]

Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka