Perumpamaan
Bagai
air dalam terenang
Maksud: hidup yang tenang dan tenteram
air di daun keladi/ bagai air titik ke batu
Maksud: memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia
air mencari jenisnya
Maksud: berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak mengenal jerih perih
anak dara sudah berlaki
Maksud: anak perempuan yang tiada malu, malas dan pengotor
anjing buruk kepala/ anjing kepala busuk
Maksud : orang yang sangat dibenci masyarakat
anjing tersepit di pagar/ anjing terpanggang ekor
Maksud: mendapat kesusahan besar sehingga tidak tentu tingkah laku
ara hanyut
Maksud: tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan
aur dengan tebing/ sepantun kasau dengan hubungan
Maksud: persahabatan yang sangat akrab
aur di atas bukit
Maksud: menyerahkan diri kepada nasib
ayam disambar helang
Maksud: mati tanpa sakit
ayam kena tungau
Maksud: sangat gelisah kelakuannya
ayam lepas bertaji
Maksud: seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba salah untuk membantu
ayam mengarang telur
Maksud: peri keelokan; merah muka seseorang
belacan dikerat dua, yang pergi busuk, yang tinggal hanyir
Maksud: perkara yang memalukan kepada kedua-dua belah pihak
beliung dengan asahan
Maksud: tidak pernah berpisah
berkain tiga hasta
Maksud: serba tidak cukup, miskin
bersahabat dengan ular bisa
Maksud: berkawan dengan orang jahat
berseru di padang pasir/ berseru di tengah padang
Maksud: seruan atau nasihat yang tidak
diendahkan orang
bersuluh di tengah hari
Maksud: bertanya sesuatu perkara yang telah diketahui; mensia-siakan tenaga dan
wang
bertanak di kuali
Maksud: terlalu murah hati sehingga membinasakan diri
bertepuk sebelah tangan
Maksud: cinta atau kasih yang tidak berbalas
beruk kena ipuh
Maksud: menggeliang-geliut kerana kesakitan dan sebagainya
besi dengan penempa
Maksud: orang lemah di bawah kuasa orang kuat
budak menyapu hingus
Maksud: beroleh malu dalam sesuatu majlis
bulan dipagar bintang
Maksud: kecantikan yang tiada tandingan
bulan empat belas/ serupa bulan penuh/ serupa burak
Maksud: kecantikan wajah seseorang wanita
bulan jatuh ke riba
Maksud: mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka
bulan penuh mengambang di kaki awan
Maksud: perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan
buntal kembung
Maksud: bodoh dan sombong
bunyi cempedak jatuh
Maksud : bunyi jatuh yang kuat
bunyi siamang kenyang/ bagai siamang kurang kayu
Maksud: banyak cakap dan sebagainya kerana mendapat kesenangan
cembul dengan tutupnya/ bagai dulang dengan tudung saji
Maksud: sesuai benar
dakwat dengan kertas
Maksud: tidak pernah bercerai, sangat cocok
denai gajah lalu
Maksud: pekerjaan atau kejadian yang sukar disembunyikan
dihiris dengan sembilu
Maksud: pedih sekali rasa hati
duri dalam daging
Maksud: sesuatu hal yang terlalu rasa tidak menyenangkan
embun di atas daun
Maksud: niat yang selalu berubah-rubah
embun di hujung rumput
Maksud: tidak kekal
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Maksud: tiada kata sepakat dalam perbincangan
galah di tengah arus
Maksud: menggigil keras, selalu berkeluh-kesah
galah dijual
Maksud: terlalu miskin, kalah judi
gelegar buluh
Maksud: bercakap besar
geluk tinggal di air
Maksud: orang yang melarat hanya mengharap pertolongan orang
gembala diberi keris
Maksud: pemberian yang tidak berfaedah
harimau beranak muda
Maksud: orang perempuan yang terlalu bengis
harimau menunjukkan belang
Maksud: orang yang memperlihatkan kekuasaannya
hempedu lekat di hati
Maksud: hubungan yang sangat akrab
itik pulang petang
Maksud: berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang gemuk)
kacang direbus satu
Maksud: melonjak-lonjak keriangan kerana memperoleh keuntungan
kacang direndang
Maksud: bunyi suara yang tidak putus-putus
kambing dimandikan pagi/ bagai kambing dihalau
Maksud: orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan
kambing menanduk bukit, tanduk patah, bukit tak runtuh
Maksud: pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian
kelip-kelip terbang malam
Maksud: rahsia yang tidak dapat ditutup
kucing dibawakan lidi
Maksud: sangat takut
kucing kehilangan anak
Maksud: mati akal, bingung
lebah menghimpun madu
Maksud: sangat rajin
limau masam sebelah
Maksud: hukuman atau pertimbangan yang kurang adil
lintah dikerat ekor
Maksud: sesuatu yang dilakukan dengan pantas
lukah tak penuh air
Maksud: selalu makan tetapi tidak kenyang-kenyang
melepaskan batok di tangga
Maksud: melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh
menghitung bulu kambing/ membandarkan air ke bukit
Maksud: pekerjaan yang sia-sia
rambut dibelah tujuh
Maksud: sedikit sekali
si kudung beroleh cincin
Maksud: beroleh keuntungan tetapi tidak dapat menikmatinya
tebu di mulut gajah
Maksud: Sesuatu yang digemari dan apabila dapat atau dimiliki tidak akan
dilepaskan lagi.
wau terputus tali/ layang-layang putus teraju
Maksud: berserah kepada takdir, daya upaya sudah tiada lagi
Ibarat
ayam berinduk, sirih berjunjung
Maksud: setiap yang lemah harus mendapat perlindungan dan bantuan
ayam, tiada mengais tiada makan
Maksud: sangat miskin
beban sudah ke tepi
Maksud: pekerjaan yang hampir selesai, rundingan hampir mencapai kata sepakat
bulan naik matahari naik
Maksud: mendapat untung dan bahagia di kiri dan kanan
buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong
Maksud: orang yang tiada pengetahuan, hanya cakap yang besar
burung, mata terlepas badan terkurung
Maksud: tidak ada kemerdekaan
garam dengan asam
Maksud: Walaupun jauh namun kalau sudah jodoh akan bertemu juga akhirnya
golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku
Maksud: pengetahuan yang tidak sempurna dan tidak mendatangkan faedah sedikit
pun
gunting makan di hujung
Maksud: membalas dendam atau membuat sesuatu dengan diam-diam dan
perlahan-lahan tetapi berhasil
ikan kena tuba
Maksud: sudah tidak mampu lagi
kaca terhempas ke batu
Maksud: hati yang hancur kerana dukacita, kecewa
kain putih
Maksud: Sentiasa menurut kata orang. Kanak-kanak kecil yang mudah dibentuk
kelakuannya.
katak diharung ular
Maksud: lari bertempiaran dengan suara riuh rendah kerana takut
kunyit kena kapur
Maksud: mudah mesra
negeri berubah resam, ibarat tahun berubah musim
Maksud: orang yang tidak tetap kedudukannya
orang mengantuk disorongkan bantal/ orang haus diberi air
Maksud: memperoleh apa yang dihajati
perahu takkan karam sebelah
Maksud: kaum keluarga turut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa saudaranya
rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali
Maksud: orang sengsara mendapat pertolongan
Laksana
layang-layang melawan angin
Maksud: perbuatan yang sia-sia
layang-layang salah teraju
Maksud: anak-anak muda yang mengikut jalan yang salah
mencari sungai tiada berhulu
Maksud: berpenat lelah dengan sia-sia sahaja
pohon kayu tiada berbuah
Maksud: ilmu yang tidak diamalkan
telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua/ telur dua
sebandung
Maksud: bersatu hati
Seperti
air dengan minyak
Maksud: Orang bermusuhan atau tidak sehaluan, mustahil dapat disatukan
air dalam kolam
Maksud: orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya
anjing berebut tulang
Maksud: orang tamak berebut harta
anjing dengan kucing
Maksud: selalu bertengkar
api dalam sekam
Maksud: perbuatan jahat atau dendam yang tersembunyi
api dengan asap
Maksud: pertalian yang tidak dapat dipisahkan
ayam berak kapur
Maksud: rupa pucat kerana menghidap penyakit
ayam mematuk anaknya
Maksud: menghukum anak yang bertujuan untuk memperbaiki kelakuan anaknya
bangau kasihkan kerbau
Maksud: bersahabat kerana ada kepentingan diri sendiri
langau mengerumuni bangkai
Maksud: orang ramai yang riuh rendah bunyinya
batang mengkudu, dulu buah daripada bunga
Maksud: menyangka telah dapat memiliki sesuatu yang belum pasti
batu di pulau/ seperti kersik di pulau
Maksud: amat banyak
batu jatuh ke lubuk
Maksud: hilang lenyap
Belanda minta tanah
Maksud: diberi sedikit, lalu hendak minta banyak
berselimut kain sehasta
Maksud: pertolongan yang tiada memadai
bertih digoreng
Maksud: berdetusan tanpa henti
bulan dengan matahari
Maksud: sudah sepadan benar
bulan dipagar bintang
Maksud: secocok, sepadan
cacing kepanasan
Maksud: tidak tenang, selalu gelisah (susah, malu dan sebagainya)
cebok dengan tempayan
Maksud: ibu bapa menghimpunkan harta, anaknya menghabiskan
cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud: sesuatu perkara yang wujud dengan banyak dalam masa yang singkat
cicak makan kapur
Maksud: mendapat malu dalam sesuatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang
hati; bergembira
cincin dengan permata
Maksud: secocok; jodoh yang sesuai benar
delima merekah
Maksud: mulut dan gigi yang bagus
dicanai rupanya
Maksud: keelokan sesuatu benda
duduk dalam duri
Maksud: sangat gelisah
emas baru disepuh
Maksud: keelokan seseorang perempuan
gagak bersuara murai
Maksud: rupa hodoh tetapi bersuara merdu dan baik budi bahasa
garam jatuh di air
Maksud: nasihat dierima dengan baik
gergaji dua mata
Maksud: mencari keuntungan daripada kedua-dua belah pihak
gula di dalam mulut
Maksud: pekerjaan yang sangat mudah;sesuatu yang mudah dikuasai
gunting dalam lipatan
Maksud: kejahatan terhadap kawan atau saudara sendiri
halilintar membelah bumi/ seperti kiamat bunyinya
Maksud: bunyi tempikan yang sangat kuat
harimau menyembunyikan kukunya
Maksud: orang yang menyembunyi kelebihan dimiliki
hendak menepung tiada berberas
Maksud: pekerjaan yang dilakukan tidak sempurna apabila tidak menepati syarat
ikan pulang ke lubuk
Maksud: pulang ke tempat asal
isi dengan kuku
Maksud: sangat karib
janggut pulang ke dagu
Maksud: memang sudah pada tempatnya
kacang lupakan kulit/ ulat lupakan daun
Maksud: lupa akan usul; lupa orang yang telah berbudi kepada kita
kambing dengan harimau
Maksud: orang yang lemah melawan orang kuat; sangat takut
kambing dijunjung
Maksud: jerit pekik orang penakut
kapal dibusur
Maksud: putih sekali
kapas dimakan api
Maksud: kebinasaan yang sangat cepat
katak di bawah tempurung
Maksud: amat sedikit ilmu pengetahuannya
katak ditimpa kemarau
Maksud: berkeluh-kesah dengan tidak keruan
katak hendak jadi lembu
Maksud: hendak meniru perlakuan atau perbuatan orang besar
katak ditimpa kemarau
Maksud: berkeluh kesah dengan tidak keruan
kelapa ditebuk tupai
Maksud: gadis yang telah hilang dara
keli dua selubang
Maksud: Seorang perempuan mempunyai dua orang kekasih
keli kena ketuk
Maksud: bersungut-sungut dengan tiada hujung pangkalnya
kena pedang bermata dua/ kena parang bermata dua
Maksud: sakit hati kerana disindir
kera kena belacan
Maksud: sangat gelisah
kera dapat bunga
Maksud: mendapat sesuatu yang tidak dapat digunakan
kera sumbang
Maksud: orang yang hidup mengasingkan diri atau tidak mencampuri orang lain
kumbang putus tali
Maksud: terlepas dari sengsara
kura-kura telentang
Maksud: orang sakit yang terbaring tidak berdaya
langit dengan bumi
Maksud: banyak sekali bezanya
kerbau dicucuk hidung
Maksud: menurut sahaja kemahuan orang
lintah menghisap darah
Maksud: membungakan wang dengan bunga yang mahal; menipu dengan cara lemah
lembut
lipas kudung
Maksud: selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja
meluruskan ekor beruk
Maksud: menasihati orang yang degil
meminta susu kepada ayam
Maksud: meminta nasihat bukan pada tempatnya
menatang bagai minyak yang penuh
Maksud: mengasihi dan memelihara dengan sempurna
mencencang air
Maksud: melakukan pekerjaan yang tidak berfaedah
Mencurah air ke daun keladi
Maksud: memberi nasihat, ajaran dan sebagainya yang tidak meresap ke dalam hati
mengajar itik berenang
Maksud: membuat pekerjaan yang sia-sia
mentimun bengkok
Maksud: tidak dianggap penting dan diketepikan orang
mentimun dengan durian
Maksud: orang yang lemah melawan orang yang kuat; tidak setanding
menukul paku lemah
Maksud: kepayahan mengajar orang yang malas
merak mengigal di tengah hutan
Maksud: menunjukkan pengetahuan kepada orang yang bodoh
murai dicabut ekor
Maksud: perempuan yang suka bercakap banyak
musang berbulu ayam
Maksud: orang jahat menyamar jadi orang baik-baik
pacat kenyang
Maksud: habis menjamah makanan di rumah orang terus pulang
pahat dengan penukul
Maksud: saling membantu
paruh dengan kepak
Maksud: dua golongan yang berlainan tetapi bekerjasama
pelanduk terlepas dari jerat
Maksud: bebas daripada kesengsaraan; kecepatan sesuatu
pinang dibelah dua
Maksud: serupa benar
pipit menelan jagung
Maksud: hendak meniru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya susah
sendiri
pungguk rindukan bulan
Maksud: lelaki rindukan perempuan (percintaan)
raja dengan menteri
Maksud: sepakat dalam semua perkara
rusa kena tambat
Maksud: tidak tetap maksudnya
rusa masuk kampung/ kerbau terkejut oleh gong
Maksud: tercengang-cengang kehairanan
sayur dengan rumput
Maksud: banyak bezanya; berlainan benar
seperti anjing beroleh bangkai
Maksud: orang tamak memperoleh sesuatu barang dengan mudah
sutera dalam lukisan
Maksud: sesuatu yang baik beroleh tempat yang baik juga
telinga kuali
Maksud: tidak mahu mendengar nasihat orang
telinga lintah
Maksud: tajam pendengaran
tempayan bocor
Maksud: orang yang tidak dapat menyimpan rahsia
tikus membaiki labu
Maksud: hendak membetuklan sesuatu yang tidak diketahui
timba buruk
Maksud: orang tua yang melarat hidupnya
udang direbus
Maksud: orang yang bermuka merah
ular kena palu
Maksud: menggeliang-geliut kerana terlalu marah
ulat lupa akan daun
Maksud: melupakan budi baik orang
Umpama
abu di atas tunggul
Maksud: Kedudukan atau jawatan yang tidak pasti atau tetap
anak ayam kehilangan ibu
Maksud: kesusahan atau kesedihan kerana berpisah dengan sahabat karib; rakyat
yang kehilangan pemimpin
aur ditarik songsang
Maksud: pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana tersalah jalan
buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
Maksud: sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan
hujan jatuh ke pasir
Maksud: berbuat baik bukan pada tempatnya
ikan dalam belat
Maksud: berasak-asak
jari di tangan ada bercincin ada tidak
Maksud: hukuman yang tidak adil
kayu buruk, buruk di panas, reput di hujan
Maksud: nasib malang yang tidak dapat dielakkan lagi
kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
Maksud: tidak tetap pada suatu tempat
melukut di tepi gantang
Maksud: seseorang yang dipandang rendah orang lain kerana tidak mempunyai
kuasa; tidak dapat membantu kerana diri sendiri juga susah
membungkus api
Maksud: menyimpan rahsia yang lambat laun akan diketahui orang juga
memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang
Maksud: mendengar nasihat orang hendaklah bijak memilih yang mana baik dan
buruk
minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga
Maksud: orang yang baik biar di mana sekalipun akan dimuliakan juga
pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
Maksud: orang yang lemah berada dalam kekuasaan orang berkuasa, tidak berdaya untuk
melawan
rumput di tepi jalan
Maksud: kehidupan yang melarat; tidak diendahkan orang
sampah hanyut
Maksud: orang miskin yang hidup melarat
Comments
Post a Comment