Karangan UPSR Bahagian B - Nilai Murni

Baca petikan di bawah. Kemudian, tulis nilai murni yang terdapat dalam petikan.

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Encik Azrin bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital. Dia antara pekerja yang disukai kerana sikapnya yang suka membantu orang sekeliling. Dia sering menolong warga emas mengisi borang pengeluaran wang. Encik Azrin tidak kisah sekiranya tidak berkesempatan berehat sekiranya banyak pelanggan berurusan dengan pihak bank. Selain bekerja di hospital, Encik Azrin turut berkebun pada hujung minggu bagi menambah pendapatannya. Isteri Encik Azrin, iaitu Puan Farah pula membantu suaminya dengan menjual nasi lemak dengan harga RM1.00 di sekitar taman perumahan. Anak mereka, Farzana membantu membuat kerja rumah. Melihat kepayahan ibu dan ayahnya mencari wang, Farzana berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu dan ayahnya apabila dewasa kelak.

Jawapan contoh

Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut ialah kita hendaklah menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja dengan sebaik mungkin seperti Encik Azrin. Selain itu, Selain itu juga, kita perlu berhemah tinggi dengan menolong warga emas yang memerlukan bantuan. Malahan, kita hendaklah bekerjasama melaksanakan urusan kehidupan seperti Farzana yang membantu ibu bapa melakukan kerja rumah. Di samping itu, kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu bapa. Intihanya, nilai positif yang terdapat dalam diri dapat mewujudkan hidup berkualiti.



Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

PERIBAHASA - BANDINGAN