Peraturan di Makmal
Murid hendaklah menjaga keselamatan diri ketika di makmal bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Oleh hal demikian, terdapat peraturan makmal yang telah ditetapkan bagi menjadi garis panduan kepada murid dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Misalnya, murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam makmal supaya makanan tidak tercemar dengan bahan-bahan kimia. Selain itu, murid tidak dibenarkan bermain-main di dalam makmal bagi mengelakkan kemalangan. Murid juga hendaklah bekerjasama melakukan aktiviti berkumpulan. Malahan, jangan buang sampah merata-rata bagi menjaga kebersihan makmal. Tuntasnya, mematuhi peraturan makmal adalah tanggungjawab setiap murid.
Comments
Post a Comment