Pintar Tatabahasa SPM - Kata Adjektif

Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu:

Kata adjektif tidak boleh menerima apitan memper-...-kan.

Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan boleh dilakukan melalui enam cara, iaitu:

  • se- + KA + gandaan + KN - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu  
  • ter- + KA - terpandai,terbaik
  • paling + KA - paling lazat, paling cerdik
  • KA + sekali - tinggi sekali, cantik sekali
  • ter + amat/sangat + KA
  • amat/sangat/sungguh + KA + sekali

(Penggunaan kata penguat dan darjah penghabisan selain daripada di atas adalah tidak gramatis)

Kata adjektif boleh digunakan bersama dengan awalan se... Contohnya, sekecil hama, sebesar rumah dan secantik bidadari 

Namun begitu, binaan ter + KA tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling + KA kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan.

Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan.

Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.


Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

PERIBAHASA - BANDINGAN