Nota SPM - Kata Majmuk

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar 

Bentuk kata majmuk terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa, sapu tangan dan sebagainya. 

Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'.

Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
  • Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas (contoh: guru besar, tengah hari, balai raya, jalan rayapasar raya, bandar raya, tengah hari, sama ada, guru besar)
  • Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah (contoh: graf terarah, program bahasa, analisis teks, telefon dial teruscari gali, temu duga, segi tiga tepat)
  • Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa (contoh: cakar ayam, lipas kudung, batu api, ayam tambatan, dan anak emas)
Kata majmuk  dieja dalam dua perkataan, kecuali kata majmuk mantap.

Terdapat 15 kata majmuk mantap. Kata majmuk mantap sahaja dieja dalam satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contoh perkataan ialah anak-anak buah, anak-anak emas, cakar-cakar ayam dan lain-lain.

Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional