Karangan Sekolah Rendah Kawan Baik UjianAkhir Sesi Aksdemik

Pepatah Arab berbunyi, 'jika kita berkawan dengan pembuat minyak wangi kita akan berbau wangi, dan jika kita berkawan dengan pembuat besi kita akan terasa bahangnya'. Pepatah ini membuktikan bahawa kawan mempengaruhi kehidupan kita baik dari aspek perbuatan dan perkataan. Justeru, kita hendaklah bijak dalam memilih kawan agar memberikan manfaat kepada diri kita.

   Kawan yang baik akan mempengaruhi kita dalam melakukan sesuatu yang positif. Apabila kita berkawan dengan ulat buku yang sentiasa berkunjung ke perpustakaan dan pesta buku, kita juga akan mengikuti jejak langkahnya. Sikap kawan yang baik ini akan membuatkan kita menjadi individu yang kaya dengan ilmu pengetahuan.

   Selain itu, kawan yang baik berani menegur setiap tinglah laku kita yang menyalahi agama. Keberanian mereka mampu menyedarkan diri kita agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Kesannya, kita akan menjadi orang yang lebih baik pada masa akan datang.

   Di samping itu, kawan yang baik sentiasa ada ketika kita berada dalam kesulitan. Mereka akan memberikan pendapat, teguran dan memberikan semangat dengan menyuntik kata-kata yang santun dan bahasa gang sopan agar tidak mengguris hati sebagai tanda keprihatinan. 

   Bayangkan, apakah yang akan berlaku sekiranya kkta tersalah memilih kawan? Sudah pasti, kita juga akan terjerumus dalam perbuatan yang tidak berfaedah. Misalnya, terjebak dengan kes buli, ponteng kelas dan merokok. Perbuatan ini akan merosakkan nama sendiri dan keluarga.

   Tuntasnya, mencari kawan berhati emas terletak dalam tangan kita sendiri. Namun begitu, kita juga mestilah melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik rakan yang lain agar sama-sama menjadi insan berguna. 

Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional