Peribahasa Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 4 (Buku Teks 2019)
·
ambil berat – beri perhatian
·
berganding bahu –
bekerjasama
·
besar hati – bangga;
gembira; bongkak
·
mandi peluh – bekerja kuat
dan bersungguh-sungguh
·
sekangkang kera – sangat sempit
·
menambat hati – memikat hati
·
bulat kata – sepakat
·
tidak lapuk dek hujan tidak
lekang dek panas – adat yang tidak berubah
·
adat lama pusaka usang –
adat yang tidak berubah-ubah
·
lain padang lain belalang –
adat sesebuah negeri dengan negeri yang lain adalah berbeza
·
belakang parang diasah
lagikan tajam – orang yang bodoh jika diajar akan pandai juga
·
biar putih tulang jangan
putih mata - lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah
kalah
·
bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh - persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat membuahkan
kejayaan manakala perbalahan akan menyebabkan perpecahan
·
buah tangan – barang yang
dibawa pulang dari perjalanan sebagai hadiah
·
ringan tulang – rajin
·
baik hati – suka menolong
·
ibu kandung – ibu sendiri
·
bagai isi dengan kuku – sangat
karib
·
masa itu emas – masa itu
sangat berharga
·
kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya – sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa
usaha
Comments
Post a Comment