Pintar Tatabahasa SPM - Cakap Pindah, Cakap Ajuk
TIP DAN PANDUAN MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH DAN CAKAP PINDAH KEPADA CAKAP AJUK
Ayat Cakap Ajuk
Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu perkara. Oleh sebab itu cakap ajuk berupa petikan percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog.
Ayat cakap ajuk menggunakan pembuka kata dan penutup kata ( “...”)
Ayat Cakap Pindah
Ayat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada bentuk karangan.
Ayat cakap pindah tidak menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata.
Tip menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah
Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata
Mengenal pasti kata kerja yang sesuai:
- menyuruh
- meminta
- mempersilakan
- memberitahu
- menerangkan
- menjelaskan
- melarang
- menasihatkan/ menasihati
Jawapannya murid boleh menentukan berdasarkan binaan/ pola ayat cakap ajuk tersebut sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, ayat tanya dan ayat seruan.
Justeru, murid perlu mahir mengesan jenis binaan/ pola ayat kerana pengecaman jenis ayat berkenaan akan menentukan kata kerja yang perlu digunakan semasa menulis ayat cakap pindah.
Contohnya adalah seperti berikut:
Jenis ayat (Cakap Ajuk) |
Kata Kerja Boleh Digunakan untuk Menulis Cakap Pindah |
ayat penyata |
berkata,
memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan |
ayat silaan |
mempersilakan,
menjemput, mengundang, mengajak |
ayat permintaan |
meminta, merayu,
menggesa, mencadangkan, menasihati |
ayat suruhan |
menyuruh,
mengarahkan, memerintahkan |
ayat larangan |
melarang, tidak
membenarkan, menegah, menghalang |
ayat tanya
|
bertanya,
menanyakan, menyoalkan, ingin tahu, ingin kepastian |
ayat seruan |
bergantung kepada
situasi ayat itu diucapkan sama ada marah, hairan, terkejut,
menyindir, memarahi, mencabar, merayu |
Seterusnya, menukarkan kata ganti nama dan kata keterangan yang digunakan, contoh:
Semasa menukar cakap ajuk kepada cakap pindah, kata ganti nama diri, kata ganti nama tempat, kata ganti nama tunjuk, kata keterangan masa, dan kata keterangan cara akan berubah seperti di bawah. Pastikan murid peka dengan pernyataan supaya penghasilan cakap ajuk tepat dan gramatis.
Comments
Post a Comment