Sintaksis SPM - Pola Ayat/ Frasa
Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat. Frasa Nama + Frasa Nama Farah | seorang peguam yang disegani ramai kerana kebijaksanaanya menangkis hujah lawan. Zaifatul Afida | seorang guru Bahasa Melayu. Frasa Nama + Frasa Kerja Ayah | hendak memancing bersama dengan kawannya. Pasukan bola jaring | akan menjalani latihan sekiranya cuaca baik. Frasa Nama + Frasa Adjektif Bunga mawar itu sungguh cantik. Suara penyanyi itu merdu bak buluh perindu. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Mereka | ke Pahang Jumaat lepas. Laili | dari sekolah ketika ayah sedang membaca senaskhah akhbar. Praktis Pengukuhan Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN...