Karangan UPSR - Faedah Bersukan
Tulis sebuah karangan tentang faedah sukan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan murid . Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan apabila menyedari faedah bersukan terhadap murid. Aktiviti sukan seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, dan badminton misalnya mampu menjana keperibadian murid. Faedah bersukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid ialah melahirkan seorang murid yang sihat. Hal ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang akan mengeluarkan peluh. Oleh itu, murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakan yang tidak bersukan. Kondisi badan yang sihat membenarkan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengelakkan diri daripada ponteng sekolah. Selain itu, faedah sukan kepada murid juga ialah sukan dapat meningkatkan...