SOALAN SPM FORMAT E-MEL
Daripada: elisa_great@yahoo.com.my Kepada: alina_88@gmel.com.my Perkara: Hobi Baharu Hai, Alina! Apa khabar? Semoga kamu sihat hendaknya. Terlebih dahulu, terima kasih atas kiriman e-mel saudari baru-baru ini. Saya sangat berbesar hati apabila saudara meminta pandangan saya tentang aktiviti yang boleh saudari lakukan pada musim cuti sekolah. Saudari yang diingati, Terdapat banyak aktiviti yang boleh saudari lakukan pada musim sekolah. Antara aktiviti yang boleh saya sarankan ialah berkebun. Berkebun merupakan sumber kehidupan. Kebaikan berkebun tidak dapat dinafikan kerana bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malahan menjadi salah satu aktiviti yang dapat memberikan pulangan yang lumayan. Saudari boleh mencuba melakukan dengan pelbagai cara seperti menggunakan teknik hidroponik, akuaponik dan sistem fertigasi. ...