UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 1 TAHUN 4, TAHUN 5, TAHUN 6
BAHAGIAN B
SOALAN 2
Baca dialog di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah
perkataan.
Farah: Terima kasih Haziqah kerana sudi menziarahi saya pada hari ini. Dengan bawa buah tangan lagi... . Susah-susah sahaja.
Haziqah: Alah, kamu ini, Haziqah! Biasa-biasa sahaja. Saya memang ingin memberi kuih tradisional ini kepada
kamu. Lagipun saya tahu kamu sangat suka akan kuih ini. Saya doakan semoga kamu cepat sembuh.
Farah: Bertuahnya saya ada jiran yang baik hati seperti kamu. Terima kasih,
Haziqah.
Pada pendapat kamu, apakah adab-adab dengan jiran tetangga untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni?
Pada pendapat saya, antara adab dengan jiran tetangga ialah menggunakan bahasa yang sopan dan lemah lembut ketika berkomunikasi. Selain itu, kita hendaklah peka dengan sensitiviti sesuatu kaum.
[25 patah perkataan]
Comments
Post a Comment