SOALAN SPM FORMAT E-MEL

 


Daripada:     elisa_great@yahoo.com.my
Kepada:        alina_88@gmel.com.my
Perkara:        Hobi Baharu

Hai, Alina! Apa khabar? Semoga kamu sihat hendaknya. Terlebih dahulu, terima kasih atas kiriman e-mel saudari baru-baru ini. Saya sangat berbesar hati apabila saudara meminta pandangan saya tentang aktiviti yang boleh saudari lakukan pada musim cuti sekolah.

Saudari yang diingati,
            Terdapat banyak aktiviti yang boleh saudari lakukan pada musim sekolah. Antara aktiviti yang boleh saya sarankan ialah berkebun. Berkebun merupakan sumber kehidupan. Kebaikan berkebun tidak dapat dinafikan kerana bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malahan menjadi salah satu aktiviti yang dapat memberikan pulangan yang lumayan. Saudari boleh mencuba melakukan dengan pelbagai cara seperti menggunakan teknik hidroponik, akuaponik dan sistem fertigasi.

               Tidak dapat dinafikan, cadangan kedua saya ini menarik perhatian saudari yang sememangnya suka akan aktiviti mencabar. Saudari boleh melakukan aktiviti mendaki gunung. Melalui aktiviti ini saudari dapat meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Sepanjang melakukan aktiviti ini juga, saudari boleh berkenalan dengan rakan baharu yang terdiri daripada latar belakang sosial, agama dan pendidikan.

            Sekiranya saudari ingin melakukan aktiviti dalaman, aktiviti melukis mesti menjadi pilihan saudari. Untuk pengetahuan saudari, melukis dapat memberikan kepuasan kepada kita. Malahan aktiviti ini dapat menghilangkan stres. Saudari boleh melukis gambar pemandangan pantai, membuat potret dan lain-lain. Sekiranya saudari mempunyai masa, saya cadangkan saudari mengambil kursus jangka pendek dalam bidang ini untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada individu yang bertauliah.

Baiklah, sehingga kita bertemu lagi dalam e-mel seterusnya. Semoga cadangan saya ini sedikit sebanyak dapat membantu saudari memanfaatkan masa yang diibaratkan seperti emas. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Elisa

Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka