Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar Bentuk kata majmuk terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang , ibu bapa, sapu tangan dan sebagainya. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti ' yang '. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung ' dan '. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas (contoh: guru besar , tengah hari, balai raya , jalan raya , pasar raya , bandar raya , tengah hari , sama ada , guru besar ) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah (contoh: graf terarah , program bahasa, analisis teks , telefon dial terus , cari gali , temu duga , segi tiga tepat ) K...