Karangan UPSR - Cereka
Setiap hujung minggu, aku dan ayah ke Pulau Pangkor untuk memancing ikan. Aku suka memancing kerana aktiviti ini memberi kan kepuasan dan kegembiraan.
Aku dan ayah berada di Pulau Pangkor sekurang-kurangnya lima jam. Pengalaman memancing di laut sangat menyeronokkan.
Kami berjaya mendapat pelbagai jenis ikan laut. Antaranya, ikan kerapu, ikan jenahak dan ikan tenggiri.
Separuh daripada ikan segar itu dipanggang dan separuh lagi dibawa pulang. Oleh hal yang demikian, keluarga aku tidak perlu membeli ikan di pasar.
Hobi memancing yang aku lakukan pada masa lapang banyak memberikan kebaikan. Aku akan memperkenalkan hobi ini kepada kawan-kawan.
Comments
Post a Comment