Karangan PT3 - Kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin

Kedatangan pendatang asing tanpa izin yang bertali arus dari Thailand, Indonesia, India dan Nepal ke negara kita dipengaruhi oleh beberapa faktor sama ada faktor tolakan atau faktor tarikan.
     Antara faktor kedatangan pendatang asing tanpa izin dalam arus pemodenan negara kita ialah kemelesetan dan ketidakstabilan politik negara mereka. Kedatangan warga Thailand berlaku akibat tekanan pemerintah di selatan negara, selatan Filipina berlaku pergolakan pemisah dan rakyat Indonesia berada dalam tekanan ekonomi. Golongan ini mengambil kata putus berhijrah apabila terdapat masa hadapan yang cerah di tempat lain bagi mengubah kesempitan hidup.
     Selain itu, kadar upah yang tinggi di negara kita juga menjadi salah satu faktor tarikan kedatangan mereka ke sini. Malaysia merupakan lubuk rezeki bagi pendatang tanpa izin kerana kadar upah yang mampu diperoleh mereka antara RM50 hingga RM150 berdasarkan kemahiran yang dimiliki bagi mengisi kekosongan dalam sektor pertanian, perkilangan dan pembinaan.
     Malah, tidak dapat dinafikan kedatangan pendatang asing tanpa izin juga berpunca daripada kehendak negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh memandangkan rakyat Malaysia mempunyai sikap ‘4D’ iaitu tidak suka kerja yang susah (Difficult), bahaya (Dangerous), kotor (Dirty) dan sampah (Dust). Rakyat Malaysia tidak mahu bekerja di stesen minyak, tidak sanggup bekerja sebagai pencuci tandas dan pembantu rumah.
     Tuntasnya, walaupun kedatangan pendatang asing tanpa izin memenuhi keperluan tenaga buruh, namun isu ini haruslah diatasi dengan segera memandangkan kedatangan mereka turut memberikan kesan negatif kerana terdapat banyak masalah sosial berlaku seperti rusuhan, kecurian dan pelacuran.

Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional