Karangan Fakta [KERIS PENYAMBUNG LEGASI BANGSA]
Keris merupakan warisan atau lambang keberanian dan perjuangan masyarakat Melayu yang telah wujud sejak zaman berzaman. Keris terdiri daripada pelbagai bentuk. Ada yang panjang dan ada yang pendek, berkeluk-keluk, tajam serta mempunyai sarung.
Pada zaman dahulu, keris menjadi senjata untuk mempertahankan diri, selain alat kebesaran raja dan pembesar serta simbol kekuatan dan keagungan kerajaan Melayu. Kini, keris hanya dijadikan sebagai perhiasan di rumah, pejabat dan sebagainya, serta dipakai sebagai melengkapi pakaian rasmi dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis diraja.
Tuntasnya, keris yang melambangkan entiti bangsa haruslah dipertahankan demi kelangsungan warisan bangsa.
Comments
Post a Comment