Posts

Karangan UPSR

Aku sebatang pokok pisang. Aku ditanam oleh tuan aku yang ringan tulang di sebuah dusun buah-buahan. Tuan aku sangat suka berbudi kepada tanah. Ketika aku ditanam, rakan-rakanku ada yang sudah dewasa. Tuan aku sangat prihatin dengan tumbesaran kami. Kini, aku telah berumur dua tahun. Fizikal aku sudah berubah. Badanku kurus dan tinggi. Daunku panjang dan berwarna hijau. Ketika kecil lagi, aku dijaga oleh tuan aku. Aku dipagar supaya tidak dimakan oleh haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan kerbau. Tuan aku menyiram aku setiap hari. Aku dapat hidup subur kerana dibubuh baja sebulan sekali. Apabila dewasa, tuan memetik buah yang dihasilkan oleh badan aku. Buah itu digunakan untuk dibuat kerepek, kek dan pisang goreng. Daun aku digunakan untuk membungkus nasi lemak dan kuih-muih tadisional seperti lepat pisang, kuih koci dan tepung bungkus. Kini, aku makin uzur dan tidak mampu menghasilkan buah. Aku tidak lagi dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Badan aku ditebang lalu dibu...

Karangan SPM Bahagian B - Kesejahteraan Siber Tanggungjawab Bersama

Kesejahteraan Siber Tanggungjawab Bersama Bukan lagi perkara biasa apabila mata dihidangkan dengan pemandangan sekelompok remaja atau sekumpulan dewasa yang terdiri daripada rakan taulan malahan satu keluarga dudukDE bersama-sama tetapi tidak berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka asyik menggunakan gajet dan peranti digital masing-masing. Situasi sebegini membuktikan bahawa masyarakat lebih selesa untuk berkongsi dan bertukar maklumat serta meluahkan perasaan di alam siber daripada di dunia realiti. Amalan bersosial seperti ini pastinya mengundang kebimbangan dan semestinya tidak menyihatkan. Inilah permasalahan pada era digital yang dikenali sebagai ‘ digital drug ’ yang berlaku apabila seseorang individu menghabiskan masa lebih dari empat jam menggunakan Internet untuk sesuatu perkara yang tidak ada kaitan dengan pekerjaan atau pembelajaran.      Di Malaysia, Kajian Pengguna Internet 2018 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati, purata ...

Karangan SPM Bahagian A

Mutakhir, nilai-nilai murni mulai terhakis dan dipandang sepi. Walhal, nilai-nilai murni boleh memartabatkan murid untuk membentuk sebuah masyarakat kelas pertama yang berteraskan prinsip mulia sama ada dalam agama, komuniti bangsa dan negara. Murid yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian merupakan masyarakat yang bertamadun. Sekiranya murid diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, jujur dan amanah, secara tidak langsung akhlak yang mulia dapat dibentuk.      Penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid jelasnya dapat memastikan perpaduan dalam kalangan murid yang berbeza agama dan budaya. Sekiranya murid yang mempunyai sahsiah diri terpuji, maka keharmonian kaum dapat digapai. Nilai menghormati agama anutan seperti pusat ibadat dan amalan dapat mengelakkan rakan daripada berkecil hati, berprasangka dan marah memandangkan hal ini sangat sensitif. Secara tidak langsung, sentimen yang mengancam perpaduan dapat diatasi.   ...

Karangan SPM - Bahagian A Keracunan Makanan

Kes keracunan makanan bukan isu baharu yang berlaku dalam masyarakat. Berita-berita yang dihebahkan di media massa seperti akhbar, radio dan televisyen membuktikan bahawa kes keracunan makanan berlaku pada semua peringkat umur termasuklah murid-murid sekolah. Sudah pasti, masyarakat perlu cakna bagi memastikan statistik keracunan makanan dapat dikekang dan dikurangkan bagi memastikan masyarakat dapat menjalani sebuah kehidupan yang sihat sejahtera. Justeru, masyarakat perlu mendapatkan ilmu pengetahuan mengenai cara-cara mencegah keracunan makanan.      Antara cara mengatasi masalah keracunan makanan ialah penggunaan makanan yang segar. Dalam erti kata lain, makanan tersebut tidak mengalami proses pengawetan, iaitu tidak dimasak dan diproses seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan daging. Kandungan air yang tinggi dalam makanan ini memudahkan pembiakan mikroorganisma. Masyarakat hendaklah tahu cara-cara pemilihan makanan segar. Sayur hendaklah segar, rangup dan tidak ada t...

Karangan UPSR - Kepentingan Bangunan Bersejarah

Meniti zaman Revolusi 4.0, kebijaksanaan generasi kini membina bangunan pencakar langit tidak seharusnya mengabaikan kepentingan bangunan bersejarah. Bangunan-bangunan bersejarah seperti Menara Condong di Perak, Kota A' Famosa di Melaka, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur mempunyai nilai tersendiri. Kepentingan utama memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini adalah seperti menjadi sumber maklumat sejarah kepada generasi akan datang. Selain itu, dapat menarik kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Di samping itu, kita juga dapat mengekalkan keunikan seni bina bangunan bersejarah ini. Tuntasnya, bangunan bersejarah membawa identiti bangsa.

Karangan UPSR Bahagian B - Nilai Murni

Baca petikan di bawah. Kemudian, tulis nilai murni yang terdapat dalam petikan . Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Encik Azrin bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital. Dia antara pekerja yang disukai kerana sikapnya yang suka membantu orang sekeliling. Dia sering menolong warga emas mengisi borang pengeluaran wang. Encik Azrin tidak kisah sekiranya tidak berkesempatan berehat sekiranya banyak pelanggan berurusan dengan pihak bank. Selain bekerja di hospital, Encik Azrin turut berkebun pada hujung minggu bagi menambah pendapatannya. Isteri Encik Azrin, iaitu Puan Farah pula membantu suaminya dengan menjual nasi lemak dengan harga RM1.00 di sekitar taman perumahan. Anak mereka, Farzana membantu membuat kerja rumah. Melihat kepayahan ibu dan ayahnya mencari wang, Farzana berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu dan ayahnya apabila dewasa kelak. Jawapan contoh Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan t...

Peraturan di Makmal

Murid hendaklah menjaga keselamatan diri ketika di makmal bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Oleh hal demikian, terdapat peraturan makmal yang telah ditetapkan bagi menjadi garis panduan kepada murid dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Misalnya, murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam makmal supaya makanan tidak tercemar dengan bahan-bahan kimia. Selain itu, murid tidak dibenarkan bermain-main di dalam makmal bagi mengelakkan kemalangan. Murid juga hendaklah bekerjasama melakukan aktiviti berkumpulan. Malahan, jangan buang sampah merata-rata bagi menjaga kebersihan makmal. Tuntasnya, mematuhi peraturan makmal adalah tanggungjawab setiap murid.