Sumber Bekalan Air Pemangkin Hidup Oleh: Aina Emir Air amat penting demi kelangsungan hidup manusia. Hal ini demikian kerana sumber ini digunakan dalam hampir setiap aspek kehidupan manusia. Bukan sahaja diminum, bahkan air digunakan untuk membasuh, memasak, mandi, beribadat dan lain-lain. Selain kegunaan domestik, air juga penting untuk memenuhi keperluan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkilangan, pertanian dan lain-lain. Walaupun air dapat memenuhi tuntutan manusia, namun dari sudut negatif air boleh membawa kemusnahan terhadap manusia. Kemusnahan ini berpunca daripada beberapa sebab seperti masalah banjir, banjir lumpur, pencemaran air serta hujan asid. Bencana ini hanya akan berlaku apabila manusia gagal menguruskan air dan alam persekitaran dengan berkesan. Perbuatan manusia yang tidak menjaga alam sekitar memberikan kesan buruk. Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab seperti melakukan pene...