Analisis Sajak Bintang
Rangkap 1
Suatu malam aku duduk
di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang
menghias langit yang terbentang
aku ingin terbang ke sana
membawa pulang bintang-bintang
tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.
Maksud
Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumah sambil melihat gugusan bintang yang cantik di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang tersebut lalu memberikan kepada ibu dan ayahnya. Penyajak berasa bahawa ibu akan gembira dan ayah akan bahagia apabila dia pabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang.
Rangkap 2
Tetapi kata ibu
itu tidak perlu
ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.
Maksud
Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat sedemikian kerana mereka sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan di dalam jiwa mereka. Hal ini demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya.
Siti Zaleha M. Hashim
(Dipetik daripada antologi Bintang Hati,Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)
Tema
Kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya.
Persoalan
Ciri-ciri/ Bentuk
anafora
tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
alierasi
menghias langit yang terbentang (pengulangan konsonan ‘g’)
asonansi
ayah sudah ada bintang (pengulangan vokal ‘a’)
metafora
bintang hati
hiperbola
aku ingin terbang ke sana
kata ganda
bintang-bintang
unsur alam
bintang, langit
Nilai
Pengajaran

- Kasih sayang yang mendalam antara ahli keluarga.
- Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tidak ternilai.
- Tanggungjawab anak untuk memberikan kebahagiaan kepada ibu bapa.
- Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan bertanggungjawab.
Ciri-ciri/ Bentuk
- Terdiri daripada dua rangkap
- Bentuk bebas.
- Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abccdcdded dan rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabaccaa.
- Rangkap pertama mempunyai sepuluh baris dan rangkap kedua mempunyai lapan baris.
- Bilangan perkataan antara tiga hingga lima patah perkataan.
- Terdiri daripada enam hingga sepuluh suku kata.
anafora
tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
alierasi
menghias langit yang terbentang (pengulangan konsonan ‘g’)
asonansi
ayah sudah ada bintang (pengulangan vokal ‘a’)
metafora
bintang hati
hiperbola
aku ingin terbang ke sana
kata ganda
bintang-bintang
unsur alam
bintang, langit
Nilai
- Kasih sayang
- Bertanggungjawab
- Ketaatan
- Kejujuran
Pengajaran
- Kita hendaklah sayang akan ibu bapa yang telah berkorban masa dan tenaga.
- Kita hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa yang banyak berbudi kepada kita.
- Kita mestilah mentaati perintah dan arahan ibu bapa yang membesarkan kita sejak kecil.
- Kita hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan menggembirakan hati ibu bapa pada setiap masa.
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.