Analisis Lengkap Sajak 'Pada Sekuntum Mawar'

PADA SEKUNTUM MAWAR

Sehelai kelopakmu gugur
adalah titis air mata bonda
yang luruh dalam lipatan usia.

Merenung pada malam yang kematian angin
pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup
pintu kehidupan ini
menjadi sepi dan lara
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.

Sekuntum mawar
bukan melontar harum indahmu
di hujung lembah
tapi mengangkat seni mahkotamu
ke puncak iman.

Dipetik daripada sajak ‘Pada Sekuntum Mawar’,
antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tema
Tanggungjawab anak gadis menjaga maruah. Jika seseorang gadis telah tercemar, iaitu hilang kegadisannya akibat pergaulan bebas, maka nama keluarganya turut tercemar.

Persoalan
  • Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.
  • Maruah anak gadis tercemar merupakan suatu kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seorang ibu.
  • Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh, iaitu sebagai gadis yang beriman.

Maksud
Rangkap 1
Penyajak memberikan perumpamaan gadis sebagai bunga mawar. Jika maruah anak gadis tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.

Rangkap 2
Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan berasa segala-galanya telah musnah. Ibu berasa hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Ibu juga berasakan sedih dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaik keadaan tersebut.

Rangkap 3
Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak membiarkan diri mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.

Bentuk
  • Sajak ini berbentuk bebas.
  • Terdiri daripada tiga rangkap.
  • Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
         rangkap 1 – tiga baris
         rangkap 2 – enam baris
         rangkap 3 – lima baris
  • Bilangan perkataan setiap baris adalah tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah perkataan.
  • Jumlah suku kata dalam sajak ini antara lima hingga empat belas suk kata
Unsur Bunyi
  • Asonansi – pintu kehidupan ini (pengulangan vokal ‘i’ pada setiap perkataan)
  • Aliterasi – seperti telah menutup (pengulangan konsonan ‘t’ pada setiap perkataan)

Gaya Bahasa
  • Metafora – lipatan usia, pintu kehidupan
  • Sinkope – tak (tidak), tapi (tetapi)
  • Personafikasi – yang luruh dalam lipatan usia
  • Unsur alam – angin, ombak, laut, mawar
  • Responsi
         Merenung pada malam yang kematian angin
         pada laut yang kematian ombak

Nilai dan Pengajaran

  • Nilai kasih sayang – Kita hendaklah sayang akan ibu bapa dengan menjaga maruah diri agar ibu bapa tidak berasa malu.
  • Nilai rasional – Kita hendaklah berfikiran rasional ketika melakukan sesuatu agar tidak tersalah jalan.

Comments

  1. Your Affiliate Money Printing Machine is waiting -

    Plus, making money online using it is as easy as 1..2..3!

    Here's how it works...

    STEP 1. Tell the system which affiliate products the system will promote
    STEP 2. Add some PUSH button traffic (it LITERALLY takes 2 minutes)
    STEP 3. See how the system explode your list and sell your affiliate products all on it's own!

    Do you want to start making profits?

    Click here to make money with the system

    ReplyDelete
  2. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka