Karangan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA - Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat Dibalas Jahat

Jawapan Contoh Murid 1

Aku berpakaian kemas apabila kakak menyuruh aku membeli barang dapur yang sudah habis. Apabila kakak menyerahkan senarai barangan yang dibeli dan wang, aku segera ke kedai runcit berhampiran untuk membeli ayam, sayur dan rempah ratus.
    Aku membuat keputusan untuk berjalan kaki ke kedai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah. Aku mahu menggunakan jalan yang banyak orang untuk mengelakkan kes penculikan. Ketika dalam perjalanan, aku terjumpa dompet yang tersorok di dalam semak.
    Aku mengambil dompet itu lalu ke kedai yang hanya 100 meter dari tempat aku menemui dompet itu. Tergesa-gesa aku membeli barang yang dipesan kerana aku ingin segera pulang ke rumah.
    Selepas aku tiba di rumah, aku menyerahkan dompet itu kepada kakakku. Kakakku memeriksa dompet itu dan melihat kad pengenalan. Kami mengambil keputusan menyerahkan kepada pemiliknya. 
    Kata kakak, "Kita perlu pulangkan dompet ini kepada tuannya. Kita perlu berbuat baik dengan semua orang. Ayuh, kita ke sana segera!"
    Kami pun pergi ke alamat rumah pemilik dan memulangkan kepadanya. Pemilik itu memberi duit sebanyak RM100 sebagai tanda terima kasih. Aku percaya, kalau kita berbuat baik, akan dibalas baik. Pemilik dompet itu juga telah berbuat baik kepada aku dan kami saling berkunjung apabila ada masa terluang.

Jawapan Contoh Murid 2

Cuaca pada hari itu sangat cerah. Sang Mentari memancar terik. Aku menunggang basikal dengan berhati-hati agar tidak berlaku kemalangan. Di sepanjang jalan, terdapat pokok yang besar-besar dan semak samun. 
    Tiba-tiba, aku ternampak seekor burung yang patah sayap. 'Aduhai, kasihannya burung ini. Baik aku bawa pulang dan merawatnya sehingga sembuh,' lalu kata aku kepada diri sendiri.
    Tanpa berlengah aku membawa burung itu pulang ke rumah. Aku dibantu ayah menyediakan sebuah sangkar. Burung itu diberikan makanan dan dirawat. Setelah beberapa minggu, aku gembira apabila burung itu telah sembuh seperti sediakala. Burung itu boleh terbang dan berkicau. 
    Aku percaya bahawa apabila kita berbuat baik akan dibalas baik. Pada suatu hari, ketika semua ahli kerluarga aku tidur lena, burung itu berkicau dalam jangka masa yang lama. Aku yang terpisat-pisat sedar daripada tidur berasa hairan dengan sikap burung itu yang pelik. Tanpa membuang masa, aku bangun menjengah melihat dari tingkap. Rupa-rupanya, ada pencuri yang cuba memecah masuk rumah.
    Aku yang terkejut melihat dua gelagat lelaki berpakaian hitam terus menjerit. Ayah dan ibu terpinga-pinga keluar dari bilik tidur. Namun, pencuri itu melarikan diri. Walaupun pencuri itu berjaya lari, kami bersyukur semuanya selamat. Aku berterima kasih kepada burung itu yang telah berbuat baik kepada aku dan keluarga.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

PERIBAHASA - BANDINGAN