Mendepani Cabaran Dunia Siber
B ukan lagi perkara biasa apabila mata dihidangkan dengan pemandangan sekelompok remaja atau sekumpulan dewasa yang terdiri daripada rakan taulan malahan satu keluarga duduk bersama-sama tetapi tidak berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka asyik menggunakan gajet dan peranti digital masing-masing. Situasi sebegini membuktikan bahawa masyarakat lebih selesa untuk berkongsi dan bertukar maklumat serta meluahkan perasaan di alam siber daripada di dunia realiti. Amalan bersosial seperti ini pastinya mengundang kebimbangan dan semestinya tidak menyihatkan. Inilah permasalahan pada era digital yang dikenali sebagai ‘digital drug’ yang berlaku apabila seseorang individu menghabiskan masa lebih dari empat jam menggunakan Internet untuk sesuatu perkara yang tidak ada kaitan dengan pekerjaan atau pembelajaran. Di Malaysia, Kajian Pengguna Internet 2018 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati, purata tempoh melayari Internet adalah selama 6....