KARANGAN MENENGAH RENDAH 2022 - Syarahan
Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Shah, Tuan Kamarul Ikhsan, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang saya hormati. Bagai dicita ulam mendatang, saya berbesar hati untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Keselamatan Murid di Sekolah Tanggungjawab Semua" dalam Minggu Keselamatan Tanggungjawan Bersama. Definisi tajuk syarahan ini ialah kewajipan menjaga keselamatan di sekolah terletak di semua pihak termasuklah pihak sekolah, ibu bapa, kementerian dan murid itu sendiri. Hadirin yang saya muliakan, Inisiatif yang boleh diambil oleh pihak sekolah adalah dengan menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan. Sekolah juga boleh mengunakan khidmat polis atau Jabatan Sukarelawan Malaysia untuk memantau keselamatan murid kerana bilangan murid dan kenderaan ketika awal dan tamat sesi persekolahan adalah banyak. Ibu bapa tidak boleh menuding jari kepada...