Teks Pertandingan Perbahasan (Karangan PT3) - Tinggal di Desa Lebih Baik Tinggal di Bandar
Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, pihak pencadang dan hadirin yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini sebagai pihak pembangkang untuk mematahkan hujah pihak pencadang bahawa tinggal di bandar lebih baik daripada tinggal di desa. Sebelum saya lontarkan hujah-hujah, saya bertegas bahawa segala hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang adalah tidak benar sama sekali. Hadirin yang sama hormati, Hujah pertama, kos sara hidup di luar bandar lebih rendah daripada bandar. Penduduk luar bandar yang hanya boleh mendapatkan keperluan tersebut di sekeliling rumah. Penduduk luar bandar tidak perlu membayar satu sen pun kepada peniaga. Manakala, penduduk bandar terbeban dengan masalah kewangan apabila perlu membeli semua barang keperluan termasuk ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tambahan lagi, harga barang di bandar meningkat kerana diperoleh daripada orang teng...