P ada cuti sekolah yang lalu, aku dan keluarga telah ke Air Terjun Sungai Gabai yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Air terjun ini menjadi pilihan kerana merupakan antara satu destinasi percutian yang menjadi tumpuan. Peluang bercuti di sini sangat menggembirakan aku kerana ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana. Sebenarnya, ini merupakan cadangan ayah untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga. Seawal pagi, ibu menyediakan makanan dan minuman seperti mi goreng, nasi lemak, sandwic, buah-buahan, jus dan beberapa menu lain. Ayah pula memastikan kereta dalam keadaan baik agar tidak berlaku perkara tidak diingini. Kami bertolak ke air terjun ini pada pukul 7.30 pagi dan tiba pada pukul 9.30 pagi. Perjalanan selama dua jam kami isi dengan menyanyi dan berbual-bual. Apabila tiba di air terjun ini, aku dan adik yang pertama kali ke sini terpegun melihat keindahan dan kecantikan alam. Flora dan fauna masih terpeli...