Karangan Sekolah Rendah: Sungai Nadi Kehidupan
Sungai merupakan khazanah alam yang perlu dijaga kelestariannya. Hal ini demikian kerana peranan sungai tidak terhad kepada manusia sahaja malahan hidupan lain. Sungai merupakan nadi kehidupan manusia. Manusia memerlukan air untuk kegunaan harian seperti mencuci, memasak dan mandi. Sungai juga penting kepada petani untuk mengairi kawasan pertanian. Di samping itu, sungai menjadi tempat jana kuasa hidroelektrik dan tempat rekreasi. Namun begitu, banyak sungai tercemar kerana sikap segelintir manusia yang suka membuang sampah ke dalam sungai. Keadaan menjadi semakin buruk apabila sektor perindustrian dan perkilangan membuang sisa toksik. Kesannya, hidupan air seperti ikan, ketam dan udang mati serta manusia sukar mendapat bekalan air bersih. Oleh itu, kita perlu menjaga sungai agar tidak tercemar. Semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memelihara dan memuli...