Analisis Lengkap Sajak 'Pada Sekuntum Mawar'
PADA SEKUNTUM MAWAR Sehelai kelopakmu gugur adalah titis air mata bonda yang luruh dalam lipatan usia. Merenung pada malam yang kematian angin pada laut yang kematian ombak seperti telah menutup pintu kehidupan ini menjadi sepi dan lara pada kemusnahan yang tak pernah dipinta. Sekuntum mawar bukan melontar harum indahmu di hujung lembah tapi mengangkat seni mahkotamu ke puncak iman. Dipetik daripada sajak ‘Pada Sekuntum Mawar’, antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tema Tanggungjawab anak gadis menjaga maruah. Jika seseorang gadis telah tercemar, iaitu hilang kegadisannya akibat pergaulan bebas, maka nama keluarganya turut tercemar. Persoalan Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar. Maruah anak gadis tercemar merupakan suatu kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seorang ibu. Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh, iaitu sebagai gadis yang beriman. Maksud Rangkap 1 Penyajak mem...