Karangan Sekolah Rendah - Keselamatan Makanan
TEMA KESELAMATAN K eselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain. Keselamatan makanan perlu diutamakan oleh semua orang. Terdapat pelbagai cara yang harus dilakukan dalam aspek keselamatan makanan. Dalam menyediakan makanan, kita hendaklah membasuh tangan agar bersih daripada kuman. Peralatan dapur seperti kuali, periuk dan pengisar makanan hendaklah dibasuh dengan betul. Selain itu, kita hendaklah mengasingkan makanan mengikut jenis. Misalnya, buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan lain-lain diasingkan apabila disimpan dalam peti sejuk. Gunakan bekas yang sesuai untuk menjaga kualiti makanan tersebut. Penyediaan sesuatu makanan hendaklah dititikberatkan. Hal ini demikian untuk mengelakkan keracunan makanan. Justeru, makanan perlu dimasak dengan sempurna untuk membunuh bakteria. Di samping i...