Kelebihan Menguasai Pelbagai Bahasa

Kisah dengan pengawal keselamatan. Hendak masuk rumah orang kaya, engkau kena lalu guard house . Sudah pasti, kebanyakan pengawal keselamatan ialah orang asing. Aku telah diberi tanggungjawab untuk buat home tuition . Mula-mula, majikan memberikan peringatan agar aku bersedia dengan alamat rumah. Aku membuat andaian bahawa murid aku anak orang kaya. Majikan takut aku terkial-kial mencari alamat kerana orang asing ini susah memahami bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Pada aku, mungkin dia baru bekerja di Malaysia. Husnuzon. Aku pula jenis menggunakan bahasa Inggeris apabila terdesak. Faham-fahamlah, kayu lagi lembut daripada lidah. 😂 Sesi pertama memang betul cakap majikan aku. Aku tersekat di guard house selama 15 minit. Panas hati dihangatkan lagi dengan panas cuaca. Lap peluh. Ada dalam tiga buah kereta lain queue . Tung tang tung tang boleh masuk. Alhamdulillah. 😂 Untuk sesi kedua, aku susah hati. Bagaimanakah aku hendak bagi pengawal keselamatan cepat faham. ...