Karangan SPM - Kebaikan Internet terhadap Murid
Anak-anak muda masa kini dikatakan sebagai digital natives oleh sebab mereka dilahirkan dan dibesarkan pada zaman Revolusi 4.0. Justeru, anak-anak muda terdedah dengan perkembangan teknologi maklumat terutamanya penggunaan Internet dalam kehidupan seharian. Oleh hal demikian, golongan ini memperoleh banyak manfaat daripada penggunaan Internet. Namun begitu, familiariti mereka dalam hal ini tidak bermaksud mereka terhindar daripada kesan negatif penggunaan Internet. Situasi ini tidak mendukung maksud golongan muda harus dipisahkan dengan arus pemodenan ini seperti kata Sayidina Umar Al-Khattab, “Didiklah anakmu mengikut zamannya, kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zaman ibu bapa”. Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang memberikan kebaikan kepada semua peringkat dalam pendidikan, ekonomi, sosial, dan lain-lain termasuklah golongan murid. Kajian Pengguna Internet MCMC 2016 golongan yang masih bersekolah ...