Posts

SOALAN SPM FORMAT E-MEL

Image
  Daripada:       elisa_great@yahoo.com.my Kepada:           alina_88@gmel.com.my Perkara:          Hobi Baharu Hai, Alina! Apa khabar? Semoga kamu sihat hendaknya. Terlebih dahulu, terima kasih atas kiriman e-mel saudari baru-baru ini. Saya sangat berbesar hati apabila saudara meminta pandangan saya tentang aktiviti yang boleh saudari lakukan pada musim cuti sekolah. Saudari yang diingati,               Terdapat banyak aktiviti yang boleh saudari lakukan pada musim sekolah. Antara aktiviti yang boleh saya sarankan ialah berkebun. Berkebun merupakan sumber kehidupan. Kebaikan berkebun tidak dapat dinafikan kerana bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malahan menjadi salah satu aktiviti yang dapat memberikan pulangan yang lumayan. Saudari boleh mencuba melakukan dengan pelbagai cara seperti menggunakan teknik hidroponik, akuaponik dan sistem fertigasi.                    Tidak dapat dinafikan, cadangan kedua saya ini menarik perhatian saudari yang sememangnya suka akan aktiviti men

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 1 TAHUN 4, TAHUN 5, TAHUN 6

BAHAGIAN B SOALAN 2 Baca dialog di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan . Farah: Terima kasih Haziqah kerana sudi menziarahi saya pada hari ini. Dengan bawa buah tangan lagi... . Susah-susah sahaja. Haziqah: Alah, kamu ini, Haziqah! Biasa-biasa sahaja.   Saya memang ingin memberi kuih tradisional ini kepada kamu. Lagipun saya tahu kamu sangat suka akan kuih ini. Saya doakan semoga kamu cepat sembuh.  Farah: Bertuahnya saya ada jiran yang baik hati seperti kamu. Terima kasih, Haziqah. Pada pendapat kamu, apakah adab-adab dengan jiran tetangga untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni? Pada pendapat saya, antara adab dengan jiran tetangga ialah menggunakan bahasa yang sopan dan lemah lembut ketika berkomunikasi. Selain itu, kita hendaklah peka dengan sensitiviti sesuatu kaum. [25 patah perkataan]

KARANGAN MENENGAH RENDAH 2022 - Syarahan

Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Shah, Tuan Kamarul Ikhsan, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang saya hormati. Bagai dicita ulam mendatang, saya berbesar hati untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Keselamatan Murid di Sekolah Tanggungjawab Semua" dalam Minggu Keselamatan Tanggungjawan Bersama.  Definisi tajuk syarahan ini ialah kewajipan menjaga keselamatan di sekolah terletak di semua pihak termasuklah pihak sekolah, ibu bapa, kementerian dan murid itu sendiri. Hadirin yang saya muliakan,        Inisiatif yang boleh diambil oleh pihak sekolah adalah dengan menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan. Sekolah juga boleh mengunakan khidmat polis atau Jabatan Sukarelawan Malaysia untuk memantau keselamatan murid kerana bilangan murid dan kenderaan ketika awal dan tamat sesi persekolahan adalah banyak.      Ibu bapa tidak boleh menuding jari kepada pihak sekolah atau Kementeri

KARANGAN MENENGAH RENDAH 2022 - Rencana

 Sumber Bekalan Air Pemangkin Hidup  Oleh: Aina Emir Air amat penting demi kelangsungan hidup manusia. Hal ini demikian kerana sumber ini digunakan dalam hampir setiap aspek kehidupan manusia. Bukan sahaja diminum, bahkan air digunakan untuk membasuh, memasak, mandi, beribadat dan lain-lain.  Selain kegunaan domestik, air juga penting untuk memenuhi keperluan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkilangan, pertanian dan lain-lain.            Walaupun air dapat memenuhi tuntutan manusia, namun dari sudut negatif air boleh membawa kemusnahan terhadap manusia. Kemusnahan ini berpunca daripada beberapa sebab seperti masalah banjir, banjir lumpur, pencemaran air serta hujan asid. Bencana ini hanya akan berlaku apabila manusia gagal menguruskan air dan alam persekitaran dengan berkesan.       Perbuatan manusia yang tidak menjaga alam sekitar memberikan kesan buruk. Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab seperti melakukan penebangan haram, penerokaan hutan secara berleluasa, menggondolkan

Karangan Sekolah Rendah Jenis Catatan

 Ahad, 13 Februari 2022 Hujan turun mencurah-curah. Dalam masa beberapa jam sahaja banjir kilat melanda kawasan tempat tinggal kami. Inilah kali pertama berlakunya keadaan banjir kilat. Semua penduduk tidak menduga akan menghadapi situasi cemas ini. Penghulu, pegawai daerah dan wakil kerajaan turun padang memberikan sokongan kepada mangsa banjir kilat yang terlibat. Kami diminta bertenang agar semuanya dapat dikendalikan dengan sebaik mungkin. Mangsa banjir bersabar menghadapi keadaan itu walaupun telah mengalami kerugian harta benda. Sepanjang berada di pusat penempatan banjir, sumbangan makanan dan ubat-ubatan yang disediakan oleh badan kerajaan dan badan bukan kerajaan tidak pernah putus. Doktor dan jururawat bersedia merawat dan memeriksa mangsa banjir. Aku sangat kagum melihat pengorbanan mereka untuk memastikan mangsa banjir selamat. Isnin, 14 Februari 2022 Mangsa banjir dibenarkan pulang apabila banjir surut. Kami sangat gembira apabila dapat pulang ke rumah masing-masing. Kami

Usaha-usaha Menggalakkan Generasi Muda Bersukan

Bidang sukan bidang yang boleh menjadi salah satu kerjaya profesional dan memberikan pendapatan yang tinggi terhadap atlet yang berjaya mengharumkan nama negara dalam sukan SEA, Komanwel dan Olimpik. Namun, tidak semua generasi muda meminati bidang ini. Keadaan ini telah menyebabkan negara kita ketandusan barisan pelapis yang akan menggantikan jaguh dunia sukan seperti Dato Nicol Ann David, Datuk Azizulhasni Awang, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Pandelela Rinong yang berjaya dalam arena sukan masing-masing. Menyedari hakikat ini, usaha untuk menanam minat dalam kalangan generasi kini haruslah dilakukan. Langkah yang proaktif daripada semua pihak dapat memastikan negara kita mampu melahirkan banyak jaguh sukan negara. Benarlah peribahasa, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Peranan sebelah pihak sahaja akan merumitkan usaha dalam melahirkan jaguh sukan negara. Ibu bapa ibarat jambatan yang akan dilalui oleh anak-anak untuk tiba ke suatu destinasi. Rumah ialah sekolah pertama untuk